Pages

19 August 2015

Suara Hati


Hari ke 19 bulan ke 8
4 bulan lebih sebelum tahun 2015 melabuh tirai
Aku sudah bosan
Bosan bangun pagi kelam kabut bersiap ke ofis
Tiada masa sediakan sarapan buat anak-anak
Cukup sekadar roti kaya dan milo buat mengisi peruti si anak

Enjin kereta dihidupkan 
Off meredah jem sepanjang hampir 45 km ke ofis
Hari-hari begitu
Tiba di ofis, rutin membeli sarapan
Menu sama, tempat sama
Apa pilihan aku

Tunggu jam 5.30 sebelum punch card
Redah jem sekali lagi
Tiba di rumah hampir maghrib atau kadang-kadang lewat
Makan malam dengan anak-anak 
Layan tv sebelum tidur
Begitulah hari-hari

Bukannya aku tidak ada impian, bukannya aku tidak ada cita-cita
Impian dan harapan aku setinggi langit ke tujuh
Aku sudah bosan dengan rutin yang sama tiap hari
Mau saje aku hantar surat resign tanpa fikir panjang

Suara hati aku menjerit hari-hari. Menangis hari-hari ....hanya dalam hati

03 December 2014

Menjelang 2015

Hampir setahun tidak meninggalkan jejak di sini. Rindu sangat-sangat untuk berblogging balik. Kurang sebulan kita akan menjejak tahun baru.  Sudahkah matlamat dan impianmu tercapai?? Aku belum lagi....masih jauhhhhhhhhh untukku genggam.  Banyak sangat permainan emosi melanda tahun ni.  Sungguh aku perlukan kekuatan untuk harung segala onak duri.  Aku kongsikan random pictures sepanjang tahun ni. Yang ni je sempat aku godek daripada kamera phone.

Selfie :)

Baking class with Dee Signature

Breakfast di Larkin, Kacang Pool Haji

Opposite gerai Kacang Pool Haji, mee rebus Stulang yang osem!!!

My siblings during my younger sister's engagement exclude Irfan the cutie ;)

Dengan selfie princess semasa weekend getaway di Kuantan

Sunset di Pantai Jeram, Kuala Selangor

Cheeky Uzair with ayah

When cousins reunited...

Anak bujangku

Kakak's report day at school

Budak dua orang ni memang selalu bikin kecoh!

On the way back ke KL somewhere di PLUS Highway

04 December 2013

Musim hujan kembali lagi

Entah kenapa la aku tak perasan si Rain selama ni. Tiba-tiba masa tengok MNet Award kat channel 396, ok jugak music dia. Eceh...hehe...Dengar citernya dia akan come back bulan Januari ni. Layan je la music video Rain di MNet Award, jangan bertambah hujan lebat kat sini sudah la...

04 July 2013

Tak tau nak letak tajuk apa...

Long hiatus!!!

Walaupun sunyi sepi di blog, tapi bukannya tak buat apa-apa di dunia off line. Banyak masa, tenaga dikerahkan dalam dunia baking. Insya allah, semoga semuanya dipermudahkan. Yang penting, istiqamah dalam apa yang aku buat sekarang ni. Jom layan pics aje la...malas nak berkata-kata...

Padang, Sumatera - trip awal bulan Mei lepas

With our tour guide, Roni Hendra, stop over for lunch before proceed ke Bukit Tinggi

Our room di Hotel Kharisma

Di rumah yenie bordir, borong kain le!

Itu je yang dapat update untuk trip ke Padang dan Bukit Tinggi. Masa hari kedua bateri kamera kong dan takde charger bateri pulak ada problem, huhu...till then!


08 May 2013

Hi Malaysia!


Aku rindu sangat-sangat kat dunia blogging. Ni aku cuba squeeze masa untuk bukak blog. Jarang aku post gambar sendiri dalam blog. Amacam flawless tak muka aku, hehehe....thanks to perfect365 apps yang mencantikkan muka aku nih.  Aku post dalam instagram, ada kawan tanya pakai skincare aper, malu le pulak teman....


Post election photo, ok tak?

Next time (entah bila le tu), kalau rajin aku upload lagi ye......dah, nak sambung keje pulak, bye!

13 March 2013

Busy as a bee, am I?

Assalamualaikum

I have been neglecting my blog for months now. Who said I don't miss my blog?! I've been trying to adjust with my new working hour for quite sometime now being a 9-5 office hour gal. Mean while, I can't talk much. Just a quick note to say hi and enjoy the piccas below.....

Autumn in Seoul

I went to Seoul last November with my sister. Just the two of us, backpacking.  We did some research on the net, made our own itinerary and off we go to the land of Kpop.  It was quite a memoir for me except that I had sore eye during the trip.  In fact, we almost bumped into Running Man team during our trip to Everland but just RM crews at Gangnam subway station though. 

Hi mama!

My cheeky little boy will turn 7 in less than 2 weeks time. How time flies and he's now a little tanner after entering primary school. 

Heavy downpour from far far away

I took this pic a few months back when KL was entering the monsoon season.  Love the view from the rooftop of my office.

 Miss me anyone?

I really really hope that I can catch up and update more interesting entries later. See ya!

30 October 2012

Hello Blog!!!!


Assalamualaikum.....

Ada orang tak?? Dah lama betul tak menjenguk blog kesayangan. How I miss blogging......


Just a quick visit to say hi kalau ada yang menjengah ke sini. Entah bila nak masukkan entri baru, tak dapat nak janji sebab terlalu banyak komitmen. Hopefully ada courage untuk menambah entri sebelum tutup 2012!!!

15 July 2012

Indah Sang Pelangi


Promosi bulan Julai, rainbow cake disaluti cream cheese frosting RM 85 sahaja(np RM 95). Sesuai untuk semua occasion.  Kanak-kanak pasti suka. Book NOW at our fan page Heaven Cakes Boutique !

13 July 2012

Di Suatu Petang...

...dalam hujung bulan lepas, lepas ambik anak-anak dari sekolah, dorang ajak pegi makan di satu cafe yang baru dibuka di SU ni. Err..nama cafe tak ingat le pulak. Sambil menunggu order siap, the three musketeers ni sempat berposing gitu.

Kakak yang sentiasa perasan cun!

Si abang yang keletihan :(

Si adik yang sentiasa energetic tak kira masa!

Serius tu....

Cheeky!!!

12 July 2012

Sibuk

Assalamualaikum

Hi blog. Apa khabar? Lama tak letak entri kat sini. Sibuk dengan usahasama baru dengan my dear sister. Yeah...we are now biz partners.  Banyak perkara perlu diusahakan dan cabaran yang perlu ditempuhi...i know...tambah-tambah lagi dapat perkhabaran terbaru kena tukar ke bahagian lain. Shocking...really...but bila difikir-fikirkan dengan fikiran yang waras ni, saya terima dengan hati terbuka. Sudah pasti ada hikmah dalam pertukaran ni kan.

Ye...memang ramai sahabat yang terkejut, ye lah mana sangka nak ditukar ke bahagian HR yang 'gerun' tu, hehehe...ramai yang tertanya-tanyakan...tak pe lah....i'm ok...i see it positively...

About my new passion cum biz ni...insya allah sudah pasti diteruskan.  Apa yang nak ditakutkan.  Kalau ada masa lagi, pasti saya akan ceritakan macamana tergerak hati untuk memulakan biz yang baru bermula ni.  Tapi kena tunggu masa sikit la ye sebab nak kena ambik mood. Ciao...

08 June 2012

Kesulitan itu ujian

Assalamualaikum


Sekarang, dalam kehidupan saya sehari-hari, saya sentiasa mencari pengisian jiwa.  Berbeza sangat dengan tahun-tahun yang lalu.  Kalau dulu, bila drive on the way ke ofis, selalu buka Hotfm dan yang sewaktu dengannya, tapi sekarang saya tune ke Ikimfm. Suka dengar siaran Motivasi Pagi.  Pukul 8 biasanya akan dibaca doa solat Dhuha.  Boleh mengalir air mata bila faham makna satu persatu doa Dhuha tu.  Kalau buka FB pulak, mesti nak baca tips-tips dari Alumni DAO, Prof Dr. Muhaya dan a few others.  Alhamdulillah, lepas buat sedikit perubahan sebegini, jiwa rasa tenang walaupun dalam situasi tertekan.

Artikel ni saya dapat dari website Productive Muslim. Suka sangat dengan tips yang diberi, so nak kongsikan dekat blog ni.  Dalam hidup ni, bila kita diuji dengan macam-macam kesulitan, kadang-kadang kita lupa sebenarnya Allah sayang pada kita.  Allah nak kita sentiasa ingat pada Dia melalui cara sebegini.  

Minggu depan insya allah bercuti 2 minggu (kecuali ada satu syif malam kena buat minggu depan).  Tapi takde le excited pun sebab anak-anak bersekolah.  Dalam kepala ni, nak produce sample produk for the upcoming Raya nanti. 

02 June 2012

Cuti sekolah yang.....

Assalamualaikum

Cuti sekolah dah nak masuk minggu ke 2. Tapi minggu  pertama cuti persekolahan berlalu macam tu aje.2 kali cycle double night adalah sangat memenatkan.  Belum lagi minggu ke 2 dengan 2 kali normal cycle tanpa off. Sian pada anak-anak tak dapat ke mana-mana. Sian lagi pada mamanya yang buat jadual tapi tak dapat cuti panjang masa cuti sekolah ni. Apa lagi bertambah amarah di hati bila ada sorang hamba Allah ni buat statement dialah yang paling layak dapat cuti panjang sebab dia asyik keje je sebelum cuti sekolah! Hello??!! Cer cek balik jadual tu saper yg paling banyak tukar syif ngan kengkawan yang lain?! It's your choice not on the official roster tau! Ungkit pulak asyik selalu keje weekend. Sekali lagi ditegaskan it's your choice kan......

Dah lama terpendam sebenarnya tapi baru kali ni dapatkku luahkan dalam blog sendiri, huhu....

22 May 2012

My new biz

Assalamualaikum... Lebih sebulan tinggalkan blog, ini la hasil dalam diam-diam.

 Chocolate moist cake dengan edible image diorder oleh Mimi untuk anak kesayangannya

Promosi oreo cheesecake dalam bulan Mei

 Shell tart saiz 5.5cm, sesuai dibuat cheese tart & egg tart

Buat masa ni semua marketing menerusi facebook. Website belum sempat lagi nak buat. Sudi-sudikan le like and share page ni ye, Heaven Cakes Boutique .


11 April 2012

Assalamualaikum

Lama tak menjenguk kat blog sendiri.  Asyik blog walking kat blog orang lain sampai  blog sendiri terabai.  Hari ni public holiday, walaupun cuti, tak rasa macam cuti pun sebab en. suami kerja.  Jadi tinggal dengan anak-anak je :(

Aku mencuri-curi masa jugak nak masukkan entri terbaru ni sambil kena mengadap 'gangguan-gangguan' dan jeritan-jeritan kat rumah ni.  Aduhai....3 minggu lepas, harijadi uzair yang ke 6.  Si kecik pengarang jantung mintak nak kek coklat.  Jadi dengan rajinnya, mama buatkan chocolate moist cake untuk uzair.  Puas hati dengan hasilnya walaupun kat gambar tu macam ada lubang kat tengah-tengah.  Citernya, sebelum nak tuangkan adunan ke dalam cake tin, aku malas nak cari kertas minyak buat alas dalam cake tin.  Aku cuma guna mentega dan sapukan pada seluruh cake tin.  Sudahnya, bila kek dah masak and nak keluarkan dari tin, ada sikit isi kek kat bahagian tengah yang degil sangat and tak nak keluar.  Tak pelah, tak banyak pun tapi bila nak sapukan topping chocolate ganache pada kek, sebahagian dari choc ganache tu keluar ikut bahagian tengah kek.  Haru....

Chocolate moist cake requested by birthday boy
Topping : choc ganache + colour sprinkle

Muka puas hati bila balik dari tadika, kek dah siap untuk dimakan!

06 March 2012

Breakfast Malay Style

Nasi kukus ayam
Kalori :500 cal (nanges!)
- harus dok kat elliptical lebih setengah jam, resistance > 10 (pengsan!)

04 March 2012

Seminar Wang Power 2012

Alhamdulillah, tahun ni bermula lagi siri-siri seminar anjuran Richworks.  Bulan Januari lepas dah kick Seminar Marketing Power dan Seminar Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan.  Walau bagaimanapun aku tak sign up sebab tahun lepas baru je lagi pegi both seminar.  2 hari lepas, melalui Facebook Alumni Dr. Azizan, beliau melancarkan Seminar Wang Power 2012 yang mana akan dijalankan sepanjang bulan April. 

Bila dapat tau pasal seminar ni, terus aku sms my sis and hubby ajak pegi.  Bila kedua-duanya setuju, straight away register di website Wang Power.  Btw, seminar kali ini akan dikendalikan oleh DAO bersama dengan Mekanik Wang, Abang Abu. Yang bestnya kalau daftar sebelum 12 Mac, tiada fees yang dikenakan dengan syarat masa register kena masukkan voucher code yang diberikan daripada laman web tersebut.  Ooohhh.....I am sooo excited already, I can never be tired dengan seminar-seminar DAO.  Kalau tak percaya, just pegi dulu dan rasa kehangatan, ke'aura'an dalam dewan seminar.  Mesti korang tak percaya?  Tak suruh percaya pun tapi datang dan dengar dulu.  Nak mencari ilmu ni, jangan berkira sangat dan beri banyak alasan.  Betul tak?

03 March 2012

Bila KUASA lebih penting dari KEBAJIKAN.....

On latest hottest issue at the office, ada beberapa komen dari pihak atasan yang aku dengari daripada kawan-kawan yang mengadap 'dia', yang aku tidak bersetuju dengan statement yang dikeluarkan sangat egoistik dan selfish.  Aku mengambil iktibar dari sini, bila mana kita berada di tempat yang TERATAS, jangan lupa untuk pandang ke BAWAH.  Cuma aku nak quote kata-kata dari sebuah buku yang sedang aku baca pada masa ini,

" To be GREAT LEADERS, we first had to be GREAT LISTENERS.  If you don't listen to the words a person uses, you'll never be able to feel their soul.  And if you don't listen to their soul, you'll never know to whom you are talking. "

17 February 2012

Jom Jalan-jalan

Tahun 2012 sudah masuk bulan ke 2.  Walaupun begitu, aku dah tak sabar-sabar untuk kedatangan bulan November.  Sebab apa ye??  Hehe....sebab ini la....








2 hari lepas, Air Asia buat sale (sekarang masih lagi on sampai 19 Februari) dan aku gigih menunggu depan lappy untuk dapatkan cheap fare ke Seoul.  Akhirnya lepas on and off, berpuluh kali masuk waiting room dan kena sengat lebah, berjaya jugak grab seat ke sana.  This will be my highlight for 2012!! Ada tersurat dan tersirat di sebalik trip ni.  And I'm hoping for a prosperous months ahead.  Amin....

04 February 2012

You And I

Recently bila tengok latest episode of my favorite show, Running Man, the Running Man members had a special morning wake up call by IU!!!  Eh, saper IU ni??  Memula aku pun tak border sangat la pasal artis Kpop ni (aku layang K-Drama je) tapi bila tengok scene ni, layan jugak la lagu dia.  Bila tanya kat anak dara aku (mine u, she is more expert than i am on Kpop ni) dia bagitau, " ni la IU mama! "

Fine muka stok comel, jadi aku pun google le kejap saper la anak dara dari Korea ni.  Ok, rupa-rupanya one of the famous and adorable artist di Korea.  Lagu You And I is her latest song in 2011.



Yang bawah ni pulak video muzik untuk lagu You And I.  Kalau peminat tegar Kpop sure tau lagu ni.  Aku pun suka gak, hehe...walaupun umur dah mid 30's rasa cam mid 20's je, ahaks!  




02 February 2012

Nak sihat ? Jom makan sayur dan buah!!!

Semenjak dua menjak 2 belah kaki dah melangkah ke gim, i try to cut off my portion of food plus less carbo err...means less rice.  Boleh kah??  Nak jadikan cerita, tak jauh dari gim tu ada satu fruit booth yang sangat attractive (pada aku la), MBG - pernah dengar tak?  This fruit booth comes with juice counter where you can order various types of smoothies.  Elok sangat le kan, lepas workout turun satu floor dah jumpa fruit booth.  Nak sihat punya pasal!!

pix credit to MBG

Ok nasihat untuk diri sendiri dan untuk kawan-kawan, rajin-rajin le makan buah-buahan dan sayur-sayuran ye!  Below are tips that i extracted from Dr. Pullen's website on eating fruits and veggie.

15 ways to more fruits and veggie :

  1. Have one cup of fruit (fresh or frozen) for breakfast everyday.
  2. Take one cup of fruit/ one piece of fruit with you in the car.
  3. Eat at least one cup of vegetables at lunch.
  4. Eat at least one cup of vegetables at dinner.
  5. Make one vegetarian recipe each week.
  6. Take the time once a week to shop, clean, separate and/ cut up into bite size pieces and bag (in a large baggie) a variety of your favourite vegetables.
  7. Keep freshly prepared vegetables on hand for snacking at home, at work or in the car and for quick side dishes, to throw in pasta, casseroles or soup during the week.
  8. Start shopping in the produce section of the grocery store and build your meal ideas from what you find.
  9. As a goal, aim for at least 1/3 of your grocery cart to be from the produce section.
  10. Keep fresh or dried fruit on hand for grab and go snacks.  Store these in your desk drawer, passenger seat, computer bag, briefcase etc.
  11. Take fresh fruit to work with you everyday for a snack.  
  12. The next time you visit a fast food restaurant, order a side salad or fruit cup instead of fries or chips.
  13. Make a delicious fruit parfait as dessert once a week.
  14. Make a vegetable stir fry at least once every week.  Get creative with (modest portion) lean meat choices and always add a large variety fresh or frozen veggies.
  15. When eating, fill at least 1/2 of your plate with fruits and vegetables. ALWAYS. EVERYDAY.
Good luck!!