Pages

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

08 June 2012

Kesulitan itu ujian

Assalamualaikum


Sekarang, dalam kehidupan saya sehari-hari, saya sentiasa mencari pengisian jiwa.  Berbeza sangat dengan tahun-tahun yang lalu.  Kalau dulu, bila drive on the way ke ofis, selalu buka Hotfm dan yang sewaktu dengannya, tapi sekarang saya tune ke Ikimfm. Suka dengar siaran Motivasi Pagi.  Pukul 8 biasanya akan dibaca doa solat Dhuha.  Boleh mengalir air mata bila faham makna satu persatu doa Dhuha tu.  Kalau buka FB pulak, mesti nak baca tips-tips dari Alumni DAO, Prof Dr. Muhaya dan a few others.  Alhamdulillah, lepas buat sedikit perubahan sebegini, jiwa rasa tenang walaupun dalam situasi tertekan.

Artikel ni saya dapat dari website Productive Muslim. Suka sangat dengan tips yang diberi, so nak kongsikan dekat blog ni.  Dalam hidup ni, bila kita diuji dengan macam-macam kesulitan, kadang-kadang kita lupa sebenarnya Allah sayang pada kita.  Allah nak kita sentiasa ingat pada Dia melalui cara sebegini.  

Minggu depan insya allah bercuti 2 minggu (kecuali ada satu syif malam kena buat minggu depan).  Tapi takde le excited pun sebab anak-anak bersekolah.  Dalam kepala ni, nak produce sample produk for the upcoming Raya nanti. 

02 February 2012

Nak sihat ? Jom makan sayur dan buah!!!

Semenjak dua menjak 2 belah kaki dah melangkah ke gim, i try to cut off my portion of food plus less carbo err...means less rice.  Boleh kah??  Nak jadikan cerita, tak jauh dari gim tu ada satu fruit booth yang sangat attractive (pada aku la), MBG - pernah dengar tak?  This fruit booth comes with juice counter where you can order various types of smoothies.  Elok sangat le kan, lepas workout turun satu floor dah jumpa fruit booth.  Nak sihat punya pasal!!

pix credit to MBG

Ok nasihat untuk diri sendiri dan untuk kawan-kawan, rajin-rajin le makan buah-buahan dan sayur-sayuran ye!  Below are tips that i extracted from Dr. Pullen's website on eating fruits and veggie.

15 ways to more fruits and veggie :

  1. Have one cup of fruit (fresh or frozen) for breakfast everyday.
  2. Take one cup of fruit/ one piece of fruit with you in the car.
  3. Eat at least one cup of vegetables at lunch.
  4. Eat at least one cup of vegetables at dinner.
  5. Make one vegetarian recipe each week.
  6. Take the time once a week to shop, clean, separate and/ cut up into bite size pieces and bag (in a large baggie) a variety of your favourite vegetables.
  7. Keep freshly prepared vegetables on hand for snacking at home, at work or in the car and for quick side dishes, to throw in pasta, casseroles or soup during the week.
  8. Start shopping in the produce section of the grocery store and build your meal ideas from what you find.
  9. As a goal, aim for at least 1/3 of your grocery cart to be from the produce section.
  10. Keep fresh or dried fruit on hand for grab and go snacks.  Store these in your desk drawer, passenger seat, computer bag, briefcase etc.
  11. Take fresh fruit to work with you everyday for a snack.  
  12. The next time you visit a fast food restaurant, order a side salad or fruit cup instead of fries or chips.
  13. Make a delicious fruit parfait as dessert once a week.
  14. Make a vegetable stir fry at least once every week.  Get creative with (modest portion) lean meat choices and always add a large variety fresh or frozen veggies.
  15. When eating, fill at least 1/2 of your plate with fruits and vegetables. ALWAYS. EVERYDAY.
Good luck!!



11 January 2012

Simple tips for maintaining our iman

Entri pertama di tahun 2012 aku mulakan dengan assalamualaikum semua...

Lama betul aku tinggalkan blog, tapi sebenarnya macam-macam perkara nak stori mori kat sini.  Tapi untuk hari ni, aku sempat share tips dari majalah Gen-Q untuk korang semua ye...

*  Jika kita marah - TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.

*  Jika kita bingung - KLIK doa agar tenang hati.

*  Jika kita dipuji - RELOAD syukur supaya tidak alpa.

*  Jika kita gagal - DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.

*  Jika kita kecewa - RESTART tenaga agar sentiasa sedar.

*  Jika kita bersedih - SELECT ibu bapa untuk meluahkan perasaan.

*  Jika kita berdosa - UNDO perangai itu dan bersolat taubat.

*  Jika kita berdendam - DELETE buruk sangka supaya bersih hati.

*  Jika kita berbohong - BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan
    keadaan.

*  Jika kita buat maksiat - REGISTER SOFTWARE sikap baru dan
    bertaubat nasuha.

" Ya Allah, jauhkan kami daripada kelekaan dan kealpaan sehingga terlupa menyebut namaMu "

 Selamat Tahun Baru!

25 June 2011

Adab Berhutang

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal topik ni.  Secara peribadi, topik berhutang ni menjadi isu yang hot pada diri aku dalam tempoh 2 tahun ni.  Aku pasti saper2 pun mesti ada hutang terutamanya hutang wajib i.e hutang rumah dan kereta.  Yang ni memang le kebanyakan orang terpaksa buat loan bila nak beli aset-aset penting termasuk la aku.  Tapi yang aku tak boleh terima bila orang berhutang pada benda-benda yang remeh temeh.  Benda yang boleh dikawal dan boleh dielakkan daripada berhutang, tapi terpaksa jugak nak buat.

Prinsip peribadi aku; aku bukannya suka berhutang (pada benda remeh temeh ni la).  Kalau aku berhutang dengan orang, aku pasti akan bayar balik sebab aku tak suka buat orang tertunggu-tunggu.  Kalau aku tak sengaja atau terlupa bayar balik, sila la beri gentle reminder kat aku.  No hal punyer!  Aku tak ambik hati.  

Yang membuatkan aku hot sekarang ni, bila orang berhutang dengan aku tapi tak bayar balik.  Masa mintak tolong dulu, macam-macam janji dibuat.  Tapi bila dah dapat, bukannya reti nak bayar balik! Ok, fine kalau alasannya susah nak buat personal loan untuk bayar balik kat aku.  Tapi bukan ke ada macam-macam cara lain?? Yang penting USAHALAH!!  Sebab aku tak nampak kamu berusaha ke arah itu!!  Sudah aku bagi jalan, tapi kamu buat dek je!!!  Geram sih!!

Dan kebetulan pulak bila beli majalah Milenia edisi Julai ada highlightkan pasal topik berhutang ni, jadi nak share sedikit petikan dari ms.30.  Ini sebagai satu peringatan pada diri sendiri dan juga sesiapa yang pernah melalui situasi yang sama seperti aku.  Mohon maaf kalau ada sesiapa yang berkecil hati dengan entri ini.  Aku emo tengah malam ni.  Dah lama aku pendam, aku release kebengangan ku thru my blog.

CARA ISLAM MENGATUR URUSAN HUTANG PIUTANG YANG MEMBAWA PELAKUNYA KE SYURGA DAN MENGHINDARKANNYA DARI API NERAKA

Adab Hutang Piutang
  • Agama membolehkan adanya hutang-piutang untuk tujuan kebaikan tetapi tidak dibenarkan meminjam atau memberi pinjaman untuk keperluan atau tujuan maksiat dan mungkar.
  • Pembayaran tidak boleh melebihi jumlah pinjaman.  Selisih pembayaran dan pinjaman dan pengembalian adalah riba.  Jika pinjam wang RM 1,000, kembalinya pun RM 1,000, tidak boleh lebih.  Boleh ada kelebihan pembayaran, tetapi berupa hadiah, asalkan tidak diakadkan sebelumnya, sewaktu peminjam.
  • Jangan ada syarat lain dalam hutang-piutang kecuali waktu dan tempoh pembayarannya.
Adab Pemberi Hutang
  • Sebaik-baiknya beri tempoh pembayaran kepada yang meminjam agar ada kemudahan dan kelapangan untuk membayar.
  • Jangan menagih sebelum tempoh pembayaran yang sudah ditentukan.  Ketika menagih hendaknya dengan cara yang lembut dan bersopan serta penuh kemaafan.
  • Boleh menyuruh orang lain untuk menagih hutang, tetapi terlebih dahulu beri nasihat kepadanya agar bersikap baik, lembut dan penuh pemaaf kepada orang yang akan ditagih.
Adab Orang Berhutang
  • Sebaik-baik orang adalah yang mudah dalam urusan membayar hutangnya (tidak menunda-nunda dengan pelbagai alasan).
  • Yang berhutang hendaknya berniat sungguh-sungguh untuk membayar kesemua jumlah yang dipinjam mengikut tempoh yang ditetapkan.
  • Menunda-nunda membayar hutang padahal mampu adalah suatu kezaliman.
  • Bagi yang memiliki hutang dan ia belum mampu membayarnya, dianjurkan berbanyak-banyak berdoa kepada Allah agar dibebaskan daripada hutang serta berulang kali membaca surah Al-Imran, ayat 26.
  • Disunatkan agar segera mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) setelah dapat membayar hutang. 
Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

" Akan diampuni orang yang mati syahid semua dosanya KECUALI hutangnya "

15 May 2011

Doa Rajin Solat

Lebih seminggu menyepikan diri, banyak betul aktiviti yang dibuat sampai tak sempat nak update blog.  Nak pegi gim pun tak sempat sampai Rita my instructor call tanya kenapa tak muncul-muncul. Projek menjahit baju kurung alhamdulillah berjalan dengan lancar, terima kasih banyak pada Kak Yati kerana mencurahkan ilmu not only on sewing skills but on biznez skill too, i like!  Lepas ni kena borong kain ela banyak-banyak to practice my sewing skills bagi kemas, mana tau lepas ni boleh ambik tempahan jahit pulak.

Anyway, I just want to share a good doa that I come across while blogwalking i.e doa untuk rajin bersolat from surah Ibrahim, ayat 40 - 41.

Maksud :

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.  Wahai Tuhan kami!  Berilah ampun bagiku dan kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. 

Jangan lupa amalkan doa rajin solat ini setiap kali selepas solat.  Semoga diri kita dan keluarga sentiasa mencintai ibadah solat dan sentiasa di bawah peliharaanNya.

19 April 2011

Tips kurangkan kolestrol

Masa ke kedai 7-11 tempohari ternampak satu majalah bertajuk Milenia Muslim ni.  Sebelum ni tak pernah ternampak atau terdengar pun tapi disebabkan ada satu tajuk 'eye catching' di front cover majalah tersebut membuatkan saya terus membelinya.


Seperti yang kita sedia maklum, kolestrol yang tinggi di dalam badan sangat membahayakan kesihatan terutama sekali apabila kolesterol jahat LDL (lemak yang menempel pada pembuluh darah) melebihi kolesterol baik HDL (lemak yang dapat melarutkan kandungan LDL dalam tubuh).  Jadi, oleh itu kita kena pastikan kadar kolesterol normal dalam tubuh adalah sekitar 160 - 200 mg.  Sebaliknya, jika dibiarkan kolesterol jahat LDL boleh menyebabkan pelbagai penyakit terutama jantung dan strok.

Saya tidak ingin menyentuh panjang mengenai kemudaratan kolesterol jahat ini sebab saya pasti anda semua sudah tentu sedia maklum, tapi saya ingin kongsikan satu tips yang amat mudah dan berguna bagaimana untuk mengurangkan kolesterol.


 Ambil sepotong halia tua sebesar ibu jari tangan, ditumbuk hingga lumat, lalu direbus dengan segelas air dicampurkan satu uncang teh, dan setelah dingin, bacakan pada air tersebut surah Al-Fiil (7x), surah Al-Hasyr ayat 21 (7x) dan selepas itu barulah diminum.

Surah Al-Fiil yang bermaksud :

 " Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Tuhanmu bertindak ke atas pasukan tentera yang mengenderai gajah, apakah Dia tidak menjadikan tipu daya mereka sia-sia, dan Dia mengirimkan burung secara berpasukan, yang melemparkan mereka dengan batu kerikil dari tanah yang keras, lalu dijadikan-Nya mereka seperti daun yang dimakan ulat ".

Surat Al-Hasyr ayat 21 :

" Dan sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, engkau akan lihat gunung itu hancur/lenyap kerana takut kepada Allah.  Perumpamaan-perumpamaan itu Kami tunjukkan kepada manusia supaya mereka memikirkan ".

Insya Allah, sekiranya diamalkan secara berterusan di samping menjaga tabiat makan, kadar kolestrol ini akan berkurangan.  Sebenarnya, dalam al-Quran, Allah swt telah menerangkan aturan-aturannya di antaranya dalam surah Al-A'raf ayat 31 yang bermaksud :

" Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas ".

Sesungguhnya nikmat sihat yang Allah berikan itu merupakan satu nikmat yang tidak terucap tetapi kita manusia seringkali mengabaikannya, fikir-fikirkanlah firman Allah dalam surah Ar-Rahman yang bermaksud :

" Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan ? "