Pages

Showing posts with label biz talk. Show all posts
Showing posts with label biz talk. Show all posts

12 July 2012

Sibuk

Assalamualaikum

Hi blog. Apa khabar? Lama tak letak entri kat sini. Sibuk dengan usahasama baru dengan my dear sister. Yeah...we are now biz partners.  Banyak perkara perlu diusahakan dan cabaran yang perlu ditempuhi...i know...tambah-tambah lagi dapat perkhabaran terbaru kena tukar ke bahagian lain. Shocking...really...but bila difikir-fikirkan dengan fikiran yang waras ni, saya terima dengan hati terbuka. Sudah pasti ada hikmah dalam pertukaran ni kan.

Ye...memang ramai sahabat yang terkejut, ye lah mana sangka nak ditukar ke bahagian HR yang 'gerun' tu, hehehe...ramai yang tertanya-tanyakan...tak pe lah....i'm ok...i see it positively...

About my new passion cum biz ni...insya allah sudah pasti diteruskan.  Apa yang nak ditakutkan.  Kalau ada masa lagi, pasti saya akan ceritakan macamana tergerak hati untuk memulakan biz yang baru bermula ni.  Tapi kena tunggu masa sikit la ye sebab nak kena ambik mood. Ciao...

21 September 2011

My Self Motivation Towards Achieving My Goal

From Bryan Tracy's blog, during his Total Business Mastery Seminar in San Diego, California which my mentor, Dr. Azizan Osman attended.




Leadership is the most important factor for business success.

Leadership is the ability to get results

Leaders have a clear vision of the future.

Leadership is ACTION, not position.

When you act like a leader, you become one!

All leadership skills are learnable with practice.

Video clip kat atas ni pun dah rasa teruja dan tak sabar-sabar nak pegi recharge lagi. Alhamdulillah kali ni hubby and my sis setuju nak attend Seminar Marketing Power kali ni. For me, this will be my second time, tak rugi dan tak boring pun kalau attend seminar ni berkali-kali tau. Hopefully kali ni, aku mempunyai kekuatan untuk grab seat Advance Marketing Power bila dioffer masa seminar tu nanti. Sebab masa bulan Mei lepas, macam teragak-agak nak pegi tak pegi, last-last tak sign up pun. Ye la, feesnya bukannya murah! Tapi alhamdulillah, selepas attend Seminar IMKK bulan Julai lepas, banyak perubahan dalam diri ni. Dah tak pernah rasa down atau kurang confident, nak terus move forward je!! Semoga dipermudahkan. Amin.....

25 July 2011

Current Wishlist

My current shopping wishlist :

1.  Ho Chi Minh City


2.  Tokyo


3.  Seoul
4.  Guangzhou


Apa-apa pun kena tunggu time tix murah and ada bajet.  Paling awal pun tahun depan.  Boleh??

10 July 2011

Seminar Hidup Luar Biasa 2011

Semalam sewaktu kebanyakan fanatik-fanatik berpusu-pusu ke KL mengharungi road block perhimpunan BERSIH, aku kuatkan semangat untuk ke Shah Alam untuk menghadiri Seminar Hidup Luar Biasa.  Walaupun berdebar-debar jugak nak ke Hotel Grand Bluewave sebab takut ada halangan road block, alhamdulillah aku selamat sampai ke destinasi dalam tempoh yang singkat tanpa ada halangan.  Kesian tengok driver-driver atas NKVE menghala ke KL tersangkut dalam jam yang tak bergerak-gerak akibat perhimpunan haram jadah tu.

Ini adalah kali ke tiga aku follow seminar DAO.  Kali pertama pada tahun 2010, aku follow Seminar Potensi Kenali Diri di Wisma MCA, KL.  Kali kedua pulak pada bulan lepas, masa Seminar Marketing Power juga di tempat yang sama.  Yang latest ni pulak, Dr. Azizan joint venture dengan Afdlin Shauki untuk Seminar Hidup Luar Biasa.  Tak dinafikan setiap kali attend seminar DAO ni, selalunya full house. Penuh dengan energy-energy orang yang ingin melakukan perubahan positif dalam hidup mereka.  Sampaikan tempat dalam dewan tak cukup kerusi untuk semua orang.  Sanggup duduk atas lantai semata-mata untuk menceduk ilmu dari DAO dan Afdlin Shauki.  Alhamdulillah, banyak point yang DAO share untuk berjaya! Yang penting kena ada MENTOR, ILMU, SISTEM dan kuasa TINDAKAN.  I recommend everyone to join this kinda event in the future.  To me, pelaburan ilmu dengan duit sendiri tu lebih banyak manfaatnya berbanding segala kursus yang aku attend dengan percuma yang dihadapkan dengan jamuan makan 3x sehari tu.

Aku harus hapuskan dan pekakkan telinga 'biawak-biawak' yang ada dalam diri sendiri untuk terus maju ke depan.  I am also blessed as I attended this event with my dear friends who have the same vission as I am!  Terima kasih banyak-banyak my dear friends!  Semoga impian kita tercapai dalam tempoh terdekat ini.

20 May 2011

Saya Mahu Memulakan Bisnes Borong Tudung

Destinasi Borong Pilihan Saya ialah ........GUANGZHOU!!

Sejak berjinak-jinak dalam perniagaan online tahun lepas, sedikit sebanyak pengetahuan mengenai dunia bisnes makin bertambah.  Apatah lagi sejak memahami dengan lebih mendalam maksud hadis, 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan, makin membuak-buak keinginan untuk bekerja sendiri.  Maklum le bila umur dah makin meningkat, hala tuju hidup makin jelas, lagi pun dah tak larat nak buat keje-keje bawah arahan orang atas ni, huhu...

Alhamdulillah, tergerak hati untuk membeli majalah Nur edisi Mei, saya mengetahui mengenai team Great Minds ni.  Sangat-sangat teruja sebab team Great Minds ada macam-macam program untuk bakal-bakal usahawan dan usahawan yang sentiasa dahagakan ilmu untuk memajukan bisnes masing-masing.

Bila dah buat biz online tudung ni, sebaik mungkin mesti le nak cari supplier tudung yang supply tudung dengan material yang berkualiti.  Mula-mula wat bisnes dulu cari supplier kat Jalan TAR.  Lama-kelamaan baru la tau sebenarnya lagi bagus kalau dapat keluarkan sendiri tudung dengan jenama sendiri. Wow, best kan!  Jahit sendiri dan pasarkan secara borong melalui online.  Mudah je!  Modal pun rendah sebab tak perlu nak sewa kedai, just buat dari rumah je.  Bila bisnes dah mantap, saya nak buat kelas/bengkel 'imej diri dan ketrampilan' so that saya dapat bantu muslimah-muslimah di luar sana how to dress modestly tapi still nampak anggun. Seronok rasanya kalau dapat membantu orang supaya mereka sentiasa mempunyai keyakinan diri yang tinggi.  Saya pernah terdengar ayat ni, "hidup ini perlu memberi manfaat kepada orang lain !".  So this is my way of contributing directly to the society.


Entri saya layak untuk memenangi Trip Borong PERCUMA ke China dan Vietnam bersempena dengan BBC & BBV 1st GiveAway.  Ketahui langkah-langkah Borong China dan Borong Vietnam dengan menyertai Kursus Usahawan Borong, Guangzhou 101 dan Saigon 101 oleh Tim Great Minds.


GiveAway ini juga bersiaran khas dari Ida Jalal: An Endless Journey