Pages

Showing posts with label korean drama. Show all posts
Showing posts with label korean drama. Show all posts

04 February 2012

You And I

Recently bila tengok latest episode of my favorite show, Running Man, the Running Man members had a special morning wake up call by IU!!!  Eh, saper IU ni??  Memula aku pun tak border sangat la pasal artis Kpop ni (aku layang K-Drama je) tapi bila tengok scene ni, layan jugak la lagu dia.  Bila tanya kat anak dara aku (mine u, she is more expert than i am on Kpop ni) dia bagitau, " ni la IU mama! "

Fine muka stok comel, jadi aku pun google le kejap saper la anak dara dari Korea ni.  Ok, rupa-rupanya one of the famous and adorable artist di Korea.  Lagu You And I is her latest song in 2011.



Yang bawah ni pulak video muzik untuk lagu You And I.  Kalau peminat tegar Kpop sure tau lagu ni.  Aku pun suka gak, hehe...walaupun umur dah mid 30's rasa cam mid 20's je, ahaks!  




03 September 2011

Running Man - My New Addiction


Sejak ada channel 393 di Astro Beyond, aku dah teraddicted dengan drama Korea ni.  Terbaru ni ialah variety show Running Man, sebuah realiti show ala-ala Amazing Race gitu.  Peserta-pesertanya terdiri daripada selebriti-selebriti Korea.  Aku tak kenal sorang pun kecuali Lee Kwang Soo sebab dia berlakon dalam City Hunter, huhu...apaper pun show ni memang lawak la tak kering gusi, boleh hilang stress dibuatnya kalau kita tengah tension time-time tu.  Kalau takde channel 393, boleh tengok online di KShownow.net . 

Setakat ni episod favorite ialah episode 44, 45, 46 dan 47 sebab dalam episod tu ada guest artiste Jang Hyuk (Midas) and Kim Hyun Joong (Boys Over Flowers). Antara mission Running Man dalam episod-episod ni ialah kena cari siapakah guest sambil kena complete mission yang diberi.  Kalau guest yang jumpa dulu Running Man members, maka RM members ini dikira out.

Episod 45 with Jang Hyuk, 3rd from left

Episode 46 with Kim Hyun Joong calling Haha untuk jadi spy dia, hehe...

Sedikit info dari wikipedia :

Running Man (Korean런닝맨) is a South Korean variety show; a part of SBS's Good Sunday lineup, along withBIGsTORY (빅토리). It was first aired on July 11, 2010. This show is classified as an "urban action variety"; a never-before-seen new genre of variety shows.[1] The MCs and guests complete missions in a landmark to win the race.[2] It has garnered attention as being the come-back program for Yu Jae-suk, the main MC of the program, after leaving Good Sunday'Family Outing in February 2010.[3]

Psst...btw dalam episod 20 tu, Running Man shooting location di Korean Meteorological Adm.  Canggih ooo ofis depa....

13 June 2011

Tahniah Hazama Juara AF9 & Tahniah Terengganu Juara Piala FA 2011

Sebenonya teman idak le follow pun musim AF ke 9 ni tapi disebabkan malam semalam dah takde rancangan menarik untuk ditonton jadi teman layankan je le.  Itu pun on and off, tak tengok sampe habih.  Apaper pun kira teman bangga le jugak sebab sebagai orang Perak ada le jugak wakil negeri sendiri.  Ni kira 2 tahun berturut-turut 2 orang wakil Perak jadi juara AF, sebelum ni Shahir.


Konsert penutup semalam pun tak rasa touching, walaupun nampak kelibat bekas-bekas pelajar AF yang lain macam Mawi, Heliza, Hafiz dan Zarina.  Rasanya masa konsert penutup AF musim pertama dulu lagi happening dan ada unsur-unsur touching lagi.  Anyway, teman lega beno le AF ni dah habih, ghimeh rasanya nengok anak-anak muda tergila-gila sangat nak masuk rancangan realiti ni.

On another note, tahniah jugak pada Terengganu kerana menjuara Piala FA 2011 dengan score 2 - 1 menewaskan Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.  


Malam tu, daku bergilir-gilir tukar channel dengan sufia antara TV1 dan KBS World.  Di KBS World ada back to back drama Boys Over Flowers.  

 
At last, malam minggu tu kami semua tu tertidur pukul 2 lebih sebab layankan BOF.  Mr. Hubs pun dapat tidur denga lenanya sebab penyu pun tidak menangis lagi :)

13 April 2011

Short trip to Penang

Hujung minggu lepas, kami satu keluarga bertolak ke Penang.  Sebelum ke Penang, overnite kat Ipoh dulu kemudian tengahari Sabtu baru le bertolak ke rumah adik di Nibong Tebal.  Ni kira kali kedua datang ke NT, kali pertama masa hujung tahun 2009 masa Aznor masuk rumah baru.  Masa sampai kat sana, baby Irfan tengah tidur pulak.  Gambar tak sempat nak pulak nak ambik time  ni sebab kepenatan, huhu...

Yang pastinya cousins bila bertemu bukan kira penat ke apa, riuh satu rumah dengan suara dia orang.  Lepas lunch and solat, kami bergerak ke Tg. Bungah.  Anak-anak tak sabar nak mandi kolam!! Mak bapak pulak tak sabar nak qada tidur!!  Sampai Tg. Bungah Beach Hotel around 5.30 gitu, lepas check in anak-anak merengek-rengek mengheret bapaknya suruh temankan ke kolam.  Yeay, aku berjaya berseorangan !! Boleh la rilek sekejap tanpa gangguan, hahaha!!

 My room - sea view

The kids room

Sebelah malamnya pulak sempat jalan-jalan area Batu Feringghi.  Hubby ajak gi Hard Rock Hotel sebab dia nak beli shirts kat HRC store, layankan aje la.  Meanwhile, sempat la posing kat HR Hotel...


Dah habis bershopping kat HRC store, masing-masing dah terkulai layu.  Konon-konon nak jalan-jalan kat nite market Batu Feringghi tu terus cancel.  Balik hotel, beradu atas katil lagi baik, hahaha....

Pagi esoknya lepas breakfast, anak-anak masih tak puas lagi mandi kolam jadi giliran maknya pulak temankan.  Siap bagi masa time lagi....setengah jam pastu naik bilik, tak larat dowh nak tunggu lama-lama.  Sambil budak-budak ni berendam kat pool, aku yang kat tepi pool bawak lappy baik layan drama Korea yang tengah hot sekarang nih, Love You A Thousand Times.  Hero citer nih, Jung Gyu Woon tu comel dowh!!

Sweet couple!!

Sebelum balik ke Sg. Buloh, texted K. Uni, my lab partner masa kat uni dulu.  Dah 12 tahun tak jumpa, since dah di Penang and K. Uni pun baru balik dari Jepun, kami pun pakat jumpa kat Sg. Dua, Butterworth.  Jumpa jugak tempat ni walaupun sesat, hehehe.... Kami makan mee udang Sg. Dua yang femes tu, tak sempat nak ambik gambar, so google je la...


Terima kasih banyak-banyak K. Uni and hubby, terbayang-bayang kesedapan kuah pekat mee udang ni.  So, that was our short trip to Penang.  On the way back ke Sg. Buloh, hujan selebat-lebatnya sepanjang highway.