Pages

Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

06 March 2012

Breakfast Malay Style

Nasi kukus ayam
Kalori :500 cal (nanges!)
- harus dok kat elliptical lebih setengah jam, resistance > 10 (pengsan!)

02 February 2012

Nak sihat ? Jom makan sayur dan buah!!!

Semenjak dua menjak 2 belah kaki dah melangkah ke gim, i try to cut off my portion of food plus less carbo err...means less rice.  Boleh kah??  Nak jadikan cerita, tak jauh dari gim tu ada satu fruit booth yang sangat attractive (pada aku la), MBG - pernah dengar tak?  This fruit booth comes with juice counter where you can order various types of smoothies.  Elok sangat le kan, lepas workout turun satu floor dah jumpa fruit booth.  Nak sihat punya pasal!!

pix credit to MBG

Ok nasihat untuk diri sendiri dan untuk kawan-kawan, rajin-rajin le makan buah-buahan dan sayur-sayuran ye!  Below are tips that i extracted from Dr. Pullen's website on eating fruits and veggie.

15 ways to more fruits and veggie :

  1. Have one cup of fruit (fresh or frozen) for breakfast everyday.
  2. Take one cup of fruit/ one piece of fruit with you in the car.
  3. Eat at least one cup of vegetables at lunch.
  4. Eat at least one cup of vegetables at dinner.
  5. Make one vegetarian recipe each week.
  6. Take the time once a week to shop, clean, separate and/ cut up into bite size pieces and bag (in a large baggie) a variety of your favourite vegetables.
  7. Keep freshly prepared vegetables on hand for snacking at home, at work or in the car and for quick side dishes, to throw in pasta, casseroles or soup during the week.
  8. Start shopping in the produce section of the grocery store and build your meal ideas from what you find.
  9. As a goal, aim for at least 1/3 of your grocery cart to be from the produce section.
  10. Keep fresh or dried fruit on hand for grab and go snacks.  Store these in your desk drawer, passenger seat, computer bag, briefcase etc.
  11. Take fresh fruit to work with you everyday for a snack.  
  12. The next time you visit a fast food restaurant, order a side salad or fruit cup instead of fries or chips.
  13. Make a delicious fruit parfait as dessert once a week.
  14. Make a vegetable stir fry at least once every week.  Get creative with (modest portion) lean meat choices and always add a large variety fresh or frozen veggies.
  15. When eating, fill at least 1/2 of your plate with fruits and vegetables. ALWAYS. EVERYDAY.
Good luck!!



16 December 2011

Which want to Shake?

Dah lama tak minum supplement/nutritional shake.  Korang pernah try mana2 shake, contohnya Herbalife ke, Usana ke atau yang lain-lain produk? 3 tahun lepas aku pernah try beberapa produk shake seperti di bawah ni

Herbalife Mixed Soy Powder Drink

kemudian aku try yang ni pulak

 Nutrimeal

dan 

Fibergy

Kedua-dua produk di atas dari Usana.  Aku jugak suka multivitamin dari Usana, Essentials sebab produk ni boleh elak dari menyebabkan rambut gugur tapi harganya....aduii..... Satu lagi shake yang pernah try ialah yang ni

Amway Nutrilite protein drink

Antara keempat-empat produk di atas aku suka Nutrimeal dari Usana. Tapi harga Nutrilite lebih berpatutan.  Taste wise, lebih kurang sama sebab semuanya berasaskan soya cuma Nutrimeal mempunyai indeks glycemic yang rendah.  Indeks glycemic yang rendah bagus untuk atasi carbohydrate craving dan boleh kekalkan tenaga sepanjang hari.

Tapi rasanya aku tengah pertimbangkan Nutrilite. Dan bila tengok kat website Amway, ada macam-macam pilhan produk yang lain berbanding Usana & Herbalife.  What say you?

19 April 2011

Tips kurangkan kolestrol

Masa ke kedai 7-11 tempohari ternampak satu majalah bertajuk Milenia Muslim ni.  Sebelum ni tak pernah ternampak atau terdengar pun tapi disebabkan ada satu tajuk 'eye catching' di front cover majalah tersebut membuatkan saya terus membelinya.


Seperti yang kita sedia maklum, kolestrol yang tinggi di dalam badan sangat membahayakan kesihatan terutama sekali apabila kolesterol jahat LDL (lemak yang menempel pada pembuluh darah) melebihi kolesterol baik HDL (lemak yang dapat melarutkan kandungan LDL dalam tubuh).  Jadi, oleh itu kita kena pastikan kadar kolesterol normal dalam tubuh adalah sekitar 160 - 200 mg.  Sebaliknya, jika dibiarkan kolesterol jahat LDL boleh menyebabkan pelbagai penyakit terutama jantung dan strok.

Saya tidak ingin menyentuh panjang mengenai kemudaratan kolesterol jahat ini sebab saya pasti anda semua sudah tentu sedia maklum, tapi saya ingin kongsikan satu tips yang amat mudah dan berguna bagaimana untuk mengurangkan kolesterol.


 Ambil sepotong halia tua sebesar ibu jari tangan, ditumbuk hingga lumat, lalu direbus dengan segelas air dicampurkan satu uncang teh, dan setelah dingin, bacakan pada air tersebut surah Al-Fiil (7x), surah Al-Hasyr ayat 21 (7x) dan selepas itu barulah diminum.

Surah Al-Fiil yang bermaksud :

 " Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Tuhanmu bertindak ke atas pasukan tentera yang mengenderai gajah, apakah Dia tidak menjadikan tipu daya mereka sia-sia, dan Dia mengirimkan burung secara berpasukan, yang melemparkan mereka dengan batu kerikil dari tanah yang keras, lalu dijadikan-Nya mereka seperti daun yang dimakan ulat ".

Surat Al-Hasyr ayat 21 :

" Dan sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, engkau akan lihat gunung itu hancur/lenyap kerana takut kepada Allah.  Perumpamaan-perumpamaan itu Kami tunjukkan kepada manusia supaya mereka memikirkan ".

Insya Allah, sekiranya diamalkan secara berterusan di samping menjaga tabiat makan, kadar kolestrol ini akan berkurangan.  Sebenarnya, dalam al-Quran, Allah swt telah menerangkan aturan-aturannya di antaranya dalam surah Al-A'raf ayat 31 yang bermaksud :

" Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas ".

Sesungguhnya nikmat sihat yang Allah berikan itu merupakan satu nikmat yang tidak terucap tetapi kita manusia seringkali mengabaikannya, fikir-fikirkanlah firman Allah dalam surah Ar-Rahman yang bermaksud :

" Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan ? "

22 January 2011

On my desire to lose weight


Beratku naik mendadak sejak 2 tahun yang lalu.  Yang ada dalam kepalaku sekarang adalah untuk mencuba produk Nutrimeal Usana ni. Bukannya tak pernah cuba produk ni dulu, cuma tak istiqamah dalam penggunaannya.  Rasanya memang sedap tau!  Harap-harap kali ini berjaya!  Yang penting sebenarnya,

D.E.T.E.R.M.I.N.A.T.I.O.N  +  A.C.T.I.O.N  +  I.S.T.I.Q.A.M.A.H  =  R.E.S.U.L.T