Pages

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

11 April 2012

Assalamualaikum

Lama tak menjenguk kat blog sendiri.  Asyik blog walking kat blog orang lain sampai  blog sendiri terabai.  Hari ni public holiday, walaupun cuti, tak rasa macam cuti pun sebab en. suami kerja.  Jadi tinggal dengan anak-anak je :(

Aku mencuri-curi masa jugak nak masukkan entri terbaru ni sambil kena mengadap 'gangguan-gangguan' dan jeritan-jeritan kat rumah ni.  Aduhai....3 minggu lepas, harijadi uzair yang ke 6.  Si kecik pengarang jantung mintak nak kek coklat.  Jadi dengan rajinnya, mama buatkan chocolate moist cake untuk uzair.  Puas hati dengan hasilnya walaupun kat gambar tu macam ada lubang kat tengah-tengah.  Citernya, sebelum nak tuangkan adunan ke dalam cake tin, aku malas nak cari kertas minyak buat alas dalam cake tin.  Aku cuma guna mentega dan sapukan pada seluruh cake tin.  Sudahnya, bila kek dah masak and nak keluarkan dari tin, ada sikit isi kek kat bahagian tengah yang degil sangat and tak nak keluar.  Tak pelah, tak banyak pun tapi bila nak sapukan topping chocolate ganache pada kek, sebahagian dari choc ganache tu keluar ikut bahagian tengah kek.  Haru....

Chocolate moist cake requested by birthday boy
Topping : choc ganache + colour sprinkle

Muka puas hati bila balik dari tadika, kek dah siap untuk dimakan!

09 September 2011

Eid Mubarak 2011

As salam blog readers!!!

Entri yang sepatutnya diupload dari minggu lepas lagi tapi asyik bertangguh-tangguh.  Orang lain dah lama upload pix raya.  Maka layankan aje la gambar-gambar ni ye...

Tahun ni saya rajin sikit.  Selalu ibu je yang masak.  Kali ni saya offer diri mengubah menu raya typical dari ayam rendang ke ayam sambal bali.  Ibu suka, saya lagi suka, ahaks! (...err sebenonya anak-anak aku je yang memuji lebih2 dan menambah-nambah 2,3 kali round makan sampai suruh stop takut tak cukup untuk guests!)


"...cheeze!!.."


Daniel : " Ayah, selamat hari raya.  Maaf zahir batin ".
Ayah    : " Ok ".
Daniel : " Duit rayanya mana? "
Ayah    : " Tiap-tiap hari ayah bagi duit, kira duit raya le tu ".
Danie  : " Ppffffffttt..... "

" peace uolz..."


" Walawei....baik beno le kome berdua camni!! "


......merajuk....tak boleh dipujuk....


...boleh dipujuk dengan ini aje....ape lagi Angry Bird, pfftt....(mencik la bunyi bebird ni, memekak je!)


" tq, atuk....tahun depan masyuk lagi "


all of us except my bro


Lepas Zohor, bergerak ke Kamunting melawat keluarga adik ipar.  Siannya Damia ngan Irfan demam time-time raya ni.


Cik Nad and bb Irfan


Sambung Angry Bird dengan Amil.  Khusyuk giler weh!


Meet my bro, lama tak jumpa sembang giler kaw punyer!  Cameraman tak bole fokus!

13 June 2011

Tahniah Hazama Juara AF9 & Tahniah Terengganu Juara Piala FA 2011

Sebenonya teman idak le follow pun musim AF ke 9 ni tapi disebabkan malam semalam dah takde rancangan menarik untuk ditonton jadi teman layankan je le.  Itu pun on and off, tak tengok sampe habih.  Apaper pun kira teman bangga le jugak sebab sebagai orang Perak ada le jugak wakil negeri sendiri.  Ni kira 2 tahun berturut-turut 2 orang wakil Perak jadi juara AF, sebelum ni Shahir.


Konsert penutup semalam pun tak rasa touching, walaupun nampak kelibat bekas-bekas pelajar AF yang lain macam Mawi, Heliza, Hafiz dan Zarina.  Rasanya masa konsert penutup AF musim pertama dulu lagi happening dan ada unsur-unsur touching lagi.  Anyway, teman lega beno le AF ni dah habih, ghimeh rasanya nengok anak-anak muda tergila-gila sangat nak masuk rancangan realiti ni.

On another note, tahniah jugak pada Terengganu kerana menjuara Piala FA 2011 dengan score 2 - 1 menewaskan Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.  


Malam tu, daku bergilir-gilir tukar channel dengan sufia antara TV1 dan KBS World.  Di KBS World ada back to back drama Boys Over Flowers.  

 
At last, malam minggu tu kami semua tu tertidur pukul 2 lebih sebab layankan BOF.  Mr. Hubs pun dapat tidur denga lenanya sebab penyu pun tidak menangis lagi :)

30 April 2011

Bored Saturday

Semalam hari Jumaat merupakan birthday Daniel yang ke 9.  Disebabkan semalam hari sekolah, tak sempat nak prepare apa-apa yang best kecuali lepas ambik Daniel dari taska terus ke kedai bakeri untuk membeli sebiji kek.  Nasib baik hero sorang ni approve my choice, chocolate moist cake cuma untuk topping dia pilih sticker Arsenal!  Peminat bola nih, nak buat camno!!

Sengih macam kerang busuk!

Hari ni pulak last day untuk submit borang income tax.  Aku paling malas betul kalau nak buat keje-keje macam ni, so tergolonglah aku dalam kategori last minit, hehehe.... Dari semalam dok asyik menerai log in e-filling tak dapat-dapat sampai la ke pagi tadi.  Tak boleh jadik nih, sure server LHDN jam sebab ramai orang last minit macam aku, maka aku memaksakan jugak encik suami menemani aku ke LHDN Mutiara Damansara buat e-filling kat sana.  Oh, kami heret jugak the three musketeers itew...


Alhamdulillah tak ramai orang, sampai aje di aras 3, masih ada lagi tempat kosong.  Err...sempat lagi posing tu, haha...(hate that pix actually, still need to lose more kgs).  Macam biasa encik suami yang tolong buatkan, aku cuma kasik info-info yang sepatutnya.  Finally bila tekan butang submit, nampaknya LHDN kena bayar aku balik, yeay!  


Muka sengih lepas dapat tau ada cukai terlebih bayar!!!  Lepas tu kami terus ke Taman Tun untuk isi perut.  Sebelum tu saje round kat area Damansara Perdana, tapi takde satu resturant menarik pun.  Anyway, we all singgah kat Restoran Homst, it's a chinese muslim restaurant, location belakang stesen minyak Shell sederet dengan Proton showroom.  Here were our choices....

Petai fried rice

 Kung pao chicken with rice

 Sweet sour chicken with rice

 Fish ball soup

Fried chicken wing

Hi, kami dah kenyang!! Peace!

Lepas semuanya kekenyangan, gi solat pastu terus pulang ke rumah. Pengsan!

28 April 2011

Happy Birthday Teacher!!!

My dear brother Aznor, happy 34th birthday.  May your dreams, wishes and happiness will come true...