Pages

25 June 2011

Adab Berhutang

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal topik ni.  Secara peribadi, topik berhutang ni menjadi isu yang hot pada diri aku dalam tempoh 2 tahun ni.  Aku pasti saper2 pun mesti ada hutang terutamanya hutang wajib i.e hutang rumah dan kereta.  Yang ni memang le kebanyakan orang terpaksa buat loan bila nak beli aset-aset penting termasuk la aku.  Tapi yang aku tak boleh terima bila orang berhutang pada benda-benda yang remeh temeh.  Benda yang boleh dikawal dan boleh dielakkan daripada berhutang, tapi terpaksa jugak nak buat.

Prinsip peribadi aku; aku bukannya suka berhutang (pada benda remeh temeh ni la).  Kalau aku berhutang dengan orang, aku pasti akan bayar balik sebab aku tak suka buat orang tertunggu-tunggu.  Kalau aku tak sengaja atau terlupa bayar balik, sila la beri gentle reminder kat aku.  No hal punyer!  Aku tak ambik hati.  

Yang membuatkan aku hot sekarang ni, bila orang berhutang dengan aku tapi tak bayar balik.  Masa mintak tolong dulu, macam-macam janji dibuat.  Tapi bila dah dapat, bukannya reti nak bayar balik! Ok, fine kalau alasannya susah nak buat personal loan untuk bayar balik kat aku.  Tapi bukan ke ada macam-macam cara lain?? Yang penting USAHALAH!!  Sebab aku tak nampak kamu berusaha ke arah itu!!  Sudah aku bagi jalan, tapi kamu buat dek je!!!  Geram sih!!

Dan kebetulan pulak bila beli majalah Milenia edisi Julai ada highlightkan pasal topik berhutang ni, jadi nak share sedikit petikan dari ms.30.  Ini sebagai satu peringatan pada diri sendiri dan juga sesiapa yang pernah melalui situasi yang sama seperti aku.  Mohon maaf kalau ada sesiapa yang berkecil hati dengan entri ini.  Aku emo tengah malam ni.  Dah lama aku pendam, aku release kebengangan ku thru my blog.

CARA ISLAM MENGATUR URUSAN HUTANG PIUTANG YANG MEMBAWA PELAKUNYA KE SYURGA DAN MENGHINDARKANNYA DARI API NERAKA

Adab Hutang Piutang
  • Agama membolehkan adanya hutang-piutang untuk tujuan kebaikan tetapi tidak dibenarkan meminjam atau memberi pinjaman untuk keperluan atau tujuan maksiat dan mungkar.
  • Pembayaran tidak boleh melebihi jumlah pinjaman.  Selisih pembayaran dan pinjaman dan pengembalian adalah riba.  Jika pinjam wang RM 1,000, kembalinya pun RM 1,000, tidak boleh lebih.  Boleh ada kelebihan pembayaran, tetapi berupa hadiah, asalkan tidak diakadkan sebelumnya, sewaktu peminjam.
  • Jangan ada syarat lain dalam hutang-piutang kecuali waktu dan tempoh pembayarannya.
Adab Pemberi Hutang
  • Sebaik-baiknya beri tempoh pembayaran kepada yang meminjam agar ada kemudahan dan kelapangan untuk membayar.
  • Jangan menagih sebelum tempoh pembayaran yang sudah ditentukan.  Ketika menagih hendaknya dengan cara yang lembut dan bersopan serta penuh kemaafan.
  • Boleh menyuruh orang lain untuk menagih hutang, tetapi terlebih dahulu beri nasihat kepadanya agar bersikap baik, lembut dan penuh pemaaf kepada orang yang akan ditagih.
Adab Orang Berhutang
  • Sebaik-baik orang adalah yang mudah dalam urusan membayar hutangnya (tidak menunda-nunda dengan pelbagai alasan).
  • Yang berhutang hendaknya berniat sungguh-sungguh untuk membayar kesemua jumlah yang dipinjam mengikut tempoh yang ditetapkan.
  • Menunda-nunda membayar hutang padahal mampu adalah suatu kezaliman.
  • Bagi yang memiliki hutang dan ia belum mampu membayarnya, dianjurkan berbanyak-banyak berdoa kepada Allah agar dibebaskan daripada hutang serta berulang kali membaca surah Al-Imran, ayat 26.
  • Disunatkan agar segera mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) setelah dapat membayar hutang. 
Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

" Akan diampuni orang yang mati syahid semua dosanya KECUALI hutangnya "

No comments: