Semalam hari Jumaat merupakan birthday Daniel yang ke 9. Disebabkan semalam hari sekolah, tak sempat nak prepare apa-apa yang best kecuali lepas ambik Daniel dari taska terus ke kedai bakeri untuk membeli sebiji kek. Nasib baik hero sorang ni approve my choice, chocolate moist cake cuma untuk topping dia pilih sticker Arsenal! Peminat bola nih, nak buat camno!!
Sengih macam kerang busuk!
Hari ni pulak last day untuk submit borang income tax. Aku paling malas betul kalau nak buat keje-keje macam ni, so tergolonglah aku dalam kategori last minit, hehehe.... Dari semalam dok asyik menerai log in e-filling tak dapat-dapat sampai la ke pagi tadi. Tak boleh jadik nih, sure server LHDN jam sebab ramai orang last minit macam aku, maka aku memaksakan jugak encik suami menemani aku ke LHDN Mutiara Damansara buat e-filling kat sana. Oh, kami heret jugak the three musketeers itew...
Alhamdulillah tak ramai orang, sampai aje di aras 3, masih ada lagi tempat kosong. Err...sempat lagi posing tu, haha...(hate that pix actually, still need to lose more kgs). Macam biasa encik suami yang tolong buatkan, aku cuma kasik info-info yang sepatutnya. Finally bila tekan butang submit, nampaknya LHDN kena bayar aku balik, yeay!
Muka sengih lepas dapat tau ada cukai terlebih bayar!!! Lepas tu kami terus ke Taman Tun untuk isi perut. Sebelum tu saje round kat area Damansara Perdana, tapi takde satu resturant menarik pun. Anyway, we all singgah kat Restoran Homst, it's a chinese muslim restaurant, location belakang stesen minyak Shell sederet dengan Proton showroom. Here were our choices....
Petai fried rice
Kung pao chicken with rice
Sweet sour chicken with rice
Fish ball soup
Fried chicken wing
Hi, kami dah kenyang!! Peace!
Lepas semuanya kekenyangan, gi solat pastu terus pulang ke rumah. Pengsan!
No comments:
Post a Comment