Destinasi Borong Pilihan Saya ialah ........GUANGZHOU!!
Sejak berjinak-jinak dalam perniagaan online tahun lepas, sedikit sebanyak pengetahuan mengenai dunia bisnes makin bertambah. Apatah lagi sejak memahami dengan lebih mendalam maksud hadis, 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan, makin membuak-buak keinginan untuk bekerja sendiri. Maklum le bila umur dah makin meningkat, hala tuju hidup makin jelas, lagi pun dah tak larat nak buat keje-keje bawah arahan orang atas ni, huhu...
Alhamdulillah, tergerak hati untuk membeli majalah Nur edisi Mei, saya mengetahui mengenai team Great Minds ni. Sangat-sangat teruja sebab team Great Minds ada macam-macam program untuk bakal-bakal usahawan dan usahawan yang sentiasa dahagakan ilmu untuk memajukan bisnes masing-masing.
Bila dah buat biz online tudung ni, sebaik mungkin mesti le nak cari supplier tudung yang supply tudung dengan material yang berkualiti. Mula-mula wat bisnes dulu cari supplier kat Jalan TAR. Lama-kelamaan baru la tau sebenarnya lagi bagus kalau dapat keluarkan sendiri tudung dengan jenama sendiri. Wow, best kan! Jahit sendiri dan pasarkan secara borong melalui online. Mudah je! Modal pun rendah sebab tak perlu nak sewa kedai, just buat dari rumah je. Bila bisnes dah mantap, saya nak buat kelas/bengkel 'imej diri dan ketrampilan' so that saya dapat bantu muslimah-muslimah di luar sana how to dress modestly tapi still nampak anggun. Seronok rasanya kalau dapat membantu orang supaya mereka sentiasa mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Saya pernah terdengar ayat ni, "hidup ini perlu memberi manfaat kepada orang lain !". So this is my way of contributing directly to the society.
Entri saya layak untuk memenangi Trip Borong PERCUMA ke China dan Vietnam bersempena dengan BBC & BBV 1st GiveAway. Ketahui langkah-langkah Borong China dan Borong Vietnam dengan menyertai Kursus Usahawan Borong, Guangzhou 101 dan Saigon 101 oleh Tim Great Minds.
GiveAway ini juga bersiaran khas dari Ida Jalal: An Endless Journey
1 comment:
menarik!!
semoga akak berjaya!
assalam..
Post a Comment