Semalam sewaktu kebanyakan fanatik-fanatik berpusu-pusu ke KL mengharungi road block perhimpunan BERSIH, aku kuatkan semangat untuk ke Shah Alam untuk menghadiri Seminar Hidup Luar Biasa. Walaupun berdebar-debar jugak nak ke Hotel Grand Bluewave sebab takut ada halangan road block, alhamdulillah aku selamat sampai ke destinasi dalam tempoh yang singkat tanpa ada halangan. Kesian tengok driver-driver atas NKVE menghala ke KL tersangkut dalam jam yang tak bergerak-gerak akibat perhimpunan haram jadah tu.
Ini adalah kali ke tiga aku follow seminar DAO. Kali pertama pada tahun 2010, aku follow Seminar Potensi Kenali Diri di Wisma MCA, KL. Kali kedua pulak pada bulan lepas, masa Seminar Marketing Power juga di tempat yang sama. Yang latest ni pulak, Dr. Azizan joint venture dengan Afdlin Shauki untuk Seminar Hidup Luar Biasa. Tak dinafikan setiap kali attend seminar DAO ni, selalunya full house. Penuh dengan energy-energy orang yang ingin melakukan perubahan positif dalam hidup mereka. Sampaikan tempat dalam dewan tak cukup kerusi untuk semua orang. Sanggup duduk atas lantai semata-mata untuk menceduk ilmu dari DAO dan Afdlin Shauki. Alhamdulillah, banyak point yang DAO share untuk berjaya! Yang penting kena ada MENTOR, ILMU, SISTEM dan kuasa TINDAKAN. I recommend everyone to join this kinda event in the future. To me, pelaburan ilmu dengan duit sendiri tu lebih banyak manfaatnya berbanding segala kursus yang aku attend dengan percuma yang dihadapkan dengan jamuan makan 3x sehari tu.
Aku harus hapuskan dan pekakkan telinga 'biawak-biawak' yang ada dalam diri sendiri untuk terus maju ke depan. I am also blessed as I attended this event with my dear friends who have the same vission as I am! Terima kasih banyak-banyak my dear friends! Semoga impian kita tercapai dalam tempoh terdekat ini.
No comments:
Post a Comment