Mulai 1 Disember nanti, filem yang dinanti-nantikan oleh semua peminat novel Ombak Rindu akan ditayangkan di seluruh negara. Saya juga di antara beribu-ribu peminat novel Ombak Rindu yang ternanti-nantikan tayangan tersebut. Novel ni menjadi hits beberapa tahun yang lepas sehinggakan dibuat 2 buah novel sambungan iaitu Cinta Tiada Akhirnya dan juga Rindu Cintaku. Apaper pun sudah tentu hitsnya yang pertama yang paling best.
Cover novel pertama Ombak Rindu
4 watak utama dalam filem Ombak Rindu
OST Ombak Rindu with Adira & Hafiz - suka lirik lagu ni!
Kalau saper-saper yang dah lupa jalan cerita Ombak Rindu, ni ha sinopsisnya. Rasanya kena bukak balik novel ni sebelum gi tengok filem tu kan so that ada 'feel' gitu masa menonton nanti.
SINOPSIS
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
1 comment:
nak pergi tgk jugak...tapi mesti tak sebest novel kan
Post a Comment