Semalam kan lepas aku wat entri ni, aku google2 la silibus tuk program team building ni. Walawei.....keperluan adalah amat perlu je untuk tempat keje aku nih. Aku refer pada website ni, www.fishcamp.com.my.
Kalau uol sempat tengok, antara program-program yang menarik perhatian aku ialah DISC profiling ni. Aku masih ingat lagi masa seminar IMKK bulan Julai lepas, DAO ada invite sorang coach dari ACTION COACH untuk bagi talk mengenai DISC. Sebelum bagi talk tu, pada hari pertama lagi, semua peserta seminar diberi satu question sheet untuk jawab soalan-soalan yang diberikan dengan cepat. Seingat aku lebih kurang 24 questions and need to answer them in 6 minutes time! Yang kelakarnya, ada sorang pakcik ni sebab dia tak biasa menda-menda camnih, kena la DAO bagi extra time tuk dia jawab. Dan pada hari terakhir, semua peserta seminar terima result hasil daripada jawapan-jawapan yang diberikan masa hari pertama. Result yang diterima adalah dalam bentuk graf dan kesimpulannya anda akan dikategorikan samada sebagai D (dominant), I (influential), S (steady) ataupun C (compliant). Marissa the coach akan explain sifat-sifat DISC tersebut and kebanyakannya memang kena dengan sifat-sifat dan karektor diri. So daripada situlah kita akan kenal potensi dan kelemahan diri kita kat mana. Best kan? Tu baru sikit je, kalau nak tau lebih kena pegi workshop yang ACTION Coach buat. Feesnya cantik jugak lah, tapi pada aku berbaloi-baloi dengan ilmu yang diterima...
Lagi satu yang aku tengok, kita kekurangan program leadership skill kat department aku nih. Pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat kurang skil dalam memberi arahan kepada orang-orang bawahannya. Kalau silap sikit, asyik nak maraaahhhhh je!! Dah la leadership skill takde, communication skill pun fail la!!!
Betul la ada satu pepatah,
SEMUA ORANG BOLEH JADI KETUA, TAPI TAK SEMUA ORANG BOLEH JADI PEMIMPIN !
YES OR YES??
Motif entri kali ni : masih lagi fed up !!
1 comment:
betul betul betul!!
Post a Comment